Sabtu, 26 Mac 2011

Derma Darah

Tengah kemas2 ..terjumpa buku derma darah husband. Dah agak banyak kali gak dia pergi derma darah..so terbaca kat belakang buku tu ttg boleh dapat rawatan percuma di hospital kerajaan..ini dah bagus ni.So googlelah..info yang perlu diketahui ialah..

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
- Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan),
Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005

Kekerapan menderma dan Keistimewaan Rawatan

1 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

2 kali (dalan tempoh 12 bulan)  Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

2 ~ 5 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

6 ~ 10 kali   Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.

11 ~ 15 kali    Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

16 ~ 20 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.

21 ~ 30 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.

31 ~ 40 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

41 ~ 50 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma Whole blood) dan
Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.




Maybank2 Card

Kad apa ni. Inilah kad kredit terbaru dari maybank. 2 in 1 either Amex/Visa atau Amex/Master.Nampak macam ok jer kad ni sbb kalau guna Amex tu dapat 5X point dan cash back 5% kalau guna masa weekend. Tapi max RM50 je sebulan.Maknanya sebulan kalau nak dapat maks gunalah RM1000 shj. Yang bestnya faedahnya cuma 8.88% setahun..murah dibandingkan dengan yang guna sekarang 13.5% setahun. Rasanya nak apply pastu nak transfer balance2 kad mbb sedia ada ke kad ni..jimat sikit..

Khamis, 24 Mac 2011

Kad Kredit Ikhwan Maybank

Macam nak apply..sbb no compounding interest..dan islamic kan. Sekarang ni kalau boleh semua tukar ke islamic utk jauhi riba..AMIN. So sekarang tengah buat survey..nanti kalau ok baru apply.

Loan ASB Maybank

Akhirnya approved juga loan ASB. Untuk saya 100k dan untuk husband 100k juga..husband apply 200k tapi tak approve pulak..haha..credit score tak cantik kot.Tadi pi sign kat bank..hadiah payung nya dah tak de stok so dia bagilah lampu suluh dgn spanar2 tu dan termometer utk cek demam.Bolehlah..so loan akan mula bayar bulan May 2011. Husband byr RM592.00, loan for 25 years termasuk insurans. Saya kena bayar RM600.00..sbb loan nya pendek sikit 23 years. Loan ni Islamic punya..maksimum faedah kalau BLR naik pun 10%. Plannya next year baru apply lagi 100k untuk husband. As for me dah terapply RHB Easy..so for 3 years ni byr faedah jerlah..RM452 for 100k..ingat after 3 years..terminate..coz faedah nya tinggi sikit..tapi RHB tak yah insurans pun tak pe.

Ahad, 13 Mac 2011

TV Plasma Panasonic 42 inch HD

haha..tak pasal2 dah pi beli tv plasma ni. Semalam pi Carrefour ada offer menarik pulak RM1699..Pakai credit card 0% interest for 12 month. Bulan2 kena byr lebih kurang RM142.00. Hari ni dah deliver..hmm nampak besar jugak tv ni sbb rumah nya kecil..

Khamis, 10 Mac 2011

CIMB Prime Plan Current Account

Tadi ada staff dr CIMB call..katanya saya jadi pelanggan terpilih utk buka akaun ni. Kelebihannya ialah point kalau ada cc, ada loan, ada investment. Pastu kalau pi CIMB boleh dapat layanan lebih cepat..kalau tunjuk kad ATM yg direka khas utk akaun ni. Ni yg best tu..sbb malas nak tunggu lama2 kat bank.Deposit permulaan RM1000. Pastu boleh keluarkan bila2. Tak ada minimum kena simpan dlm akaun. Sbb dengar2nya ada akaun yg kalau tak cukup RM5000 kena caj RM5 ke RM10. Kalau kena caj taknak lah buat akaun ni coz sudah pasti tak boleh maintain RM5000 tiap2 bulan..tengoklah dalam minggu depan ke bolehlah pi bank utk buka akaun..maybe..kalau penerangan dari officer tu sama dengan staff yg telefon tadi..

Selasa, 8 Mac 2011

Loan from credit card

Tension kalau nak citer pasal ni..masa nak suh buat loan cakap kalau 2 tahun atau 3 tahun ke tak kisah sbb bila2 boleh terminate. So bila i nak terminate baru2 ni before cukup 3 year katanya kena penalti pulak 5% atas outstanding balance..PENIPU betul..tp baca dalam agreement yg tulisan kecil2 tu mmg lah dia tulis camtu. Silapnya pi dengar penerangan sales person thru phone pastu terus agree..mmglah interestnya rendah sikit..tapi dia fix rate 5.88% pa for 3 years..so interestnya pun fixed. Dah lah guna duit tu untuk guna byr cc bank lain...Cuba kira pakai calculator dari bebas hutang ni..actually..effective interestnya lebih 11%..hampeh tul..so lain kali jangan mudah terperdaya dengan interest yang rendah2 ni, mesti ada udang disebalik mee..
http://www.bebas-hutang.com/wp-content/uploads/2008/11/effective-interest-rate-calculator.xls

Sabtu, 5 Mac 2011

Calculation ASB

Pasal kiraan loan dan dividen ASB ni..saya refer calculator dari bebashutang.com.
Contoh:
Loan-RM100k
Tempoh-25 thn
Monthly -RM600(termasuk Insurans)
Dividen-7%
Interest-4.65%

Kes 1 -Simpan Sendiri (Tak kena Interest)
so..kalau tak ambil loan dan simpan bulan2 kat ASB terus..after 25 years we get..RM472,660.
Banyak jumlahya tu..tapi dengan andaian kita ni seorang yg sgt berdisiplin, tiap2 bulan kena simpan.

Kes 2 -Ambil Loan dan Byr Loan guna Dividen ASB
Mula2 for the first year kena jimat sikit sbb nak byr RM600@12 month -RM7200. Thn kedua dan seterusnya byr guna dividen yg dapat..keluarkan tiap2 bulan RM600. Itupun kalau rate dividen lebih tinggi dari rate faedah :)..
so after next 25 years we get..RM107,989. Boleh tahanlah pulangan dengan modal RM7200. Jumlah byrn kepada bank RM600x12blnx25thn=RM180,000.byk jugak yer..tp duit kita RM7200 jer yg selebihnya dividen yg tolong bayar..betul tak.

Kes 3 -Ambil Loan dan Bayar Sendiri (Tak guna dividen)
Emmm..berapa agaknya return..RM542,743..dekat 0.5 million. Modal agak byk juga..RM180k..byr kepada bank.Kalau pinjam 200k boleh jadi millionare after 25 years frm now.. Banyakkan..so fikir2kanlah berapa jumlah yg kita perlu untuk retirement nanti dan buatlah calculation..berapa nak simpan dari sekarang. Tapi pada pendapat saya,kalau guna teknik yg ini kita tak perlu tunggu sampai 25 tahun pun. End of year 11 dah boleh dapat 100k untuk tebus jumlah pinjaman..lepas tebus dan simpan pasti jumlah simpanan akan lebih menigkat sbb dah tak perlu byr interest kan.Tapi kalau lepas tebus dan belanja ..fikirlah sendiri..

Calculation Unit Trust

Untuk lebih mudah faham..kena guna angka..

Modal-RM1000
Dana A- RM0.25/unit
Andaian-segala caj2 tak diambilkira sbb tak tau.:)

So

RM1000/RM0.25 =4000 unit

if harga naik to RM0.30



4000unit x RM0.30 =RM1200
untung RM200 tapi lum tolak caj2 yg ada

if harga turun pulak to RM0.20


4000unit x RM0.20= RM800
rugilah RM200..

tapi kalau time hg jatuh jgnlah jual..tunggulah 1 atau 2 thn, mana tahu hg akan naik semula. UT ni kan pelaburan jangka masa sederhana dan panjang..

Strategi Pelaburan Unit Trust

Ingat nak mula melabur dalam Unit Trust.Knowledge pasal UT zero..tapi rasanya nak melabur thru CWA atau Public Mutual sbb boleh buat online. Modal pun tak bayak RM1000.. Bolehlah kalau nak try and error..
Sebelum terlupa..unit trust ni kalau harga naik dapat dividen. Tapi dividen selalunya dipanggil juga Distribution. Apa maknanya tu..maknanya kita tak dibayar secara tunai tetapi ditambah bilangan unit dana(reinvesting), maknanya bilangan unit kita bertambahlah. Itu ikut pemahaman lepas membaca sana sini.mungkin betul atau mungkin juga salah..
Puas dok cari pasal kerugian dalam unit trust (kalau hg turun)..yg byknya contoh kalau harga unit trust naik..so after mencari cari..jumpalah ..
sila klik sini ..http://listentozazu.blogspot.com/2010/11/strategi-pelaburan.html

Unit Trust Price Daily Updated-CIMB/Public Mutual

Sebelum nak masuk unit trust ni..nak tgk turun naik harga dulu..walaupun tak pandai baca pergerakan harga..tgk ajelah..mana tau boleh dapat ilham..
http://www.cimb-principal.com.my/conventional_daily_unit_trust.aspx
http://www.publicmutual.com.my/application/fund/detail.aspx

Calculator untuk kira berapa interest ASB..

Kalau nak tau berapa thn nak byr kalau byr lebih RM100 setiap bulan atau .kalau byr lump sum setahun bolehlah cuba calculator ni,,sgt berguna..
http://www.bankrate.com/calculators/mortgages/loan-calculator.aspx

Impianku..tentang kebebasan kewangan

Nak settlekan hutang2 cc dan hutang OPM dan dan nak guna konsep OPM untuk dapatkan financial freedom. Buat blog ni sebab nak simpan maklumat2 yg dicari pasal kewangan..tulis kat kertas pastu letak kat mana2 tak boleh jumpa..hehe.so alternatifnya simpan di blog. Sekarang ni tengah sibuk cari maklumat pasal ASB loan, Unit Trust, Emas..so Loan Easy RHB ASB 100k dah approve..start byr Apr 2011..Lepas dah ambil Loan RHB ASB ni rasa macam rugi pulak walaupun byr monthly kurang tapi interest nya tinggi..BLR-1%. Sekarang BLR 6.30%. So lepas dah ambil loan tu..cari pulak info pasal loan ASB dari MBB. Interestnya rendah sikit BLR-1.65%..pun boleh ambil sampai 25 thn..so apalagi me and husband pun applylah..tapi minggu depan baru tau lulus ke tak..me ambil 100k lagi..tak tau lah boleh approved ke tak. Husband apply 200k maksimum tu..Tapi rasa-rasanya macam tak mampu pulak nak byr RM600 utk setiap 100k for MBB dan RM452 for 100k RHB.So kita tunggu bank approval..kalau dapat 100k for husband pun ok gak..next year buat lagi 100k..so tak lah byk sgt nak byr tahun ni..loan thn ni,thn depan boleh byr dengan dividen tahun depan..loan baru thn depan byr duit sendiri RM600. So..investment 100k..RM600..thn nie. Investment 200k thn depan pun RM600 juga..so tak yah pening2 cari duit lebih nak saving kan.Bila dah selesai kes apply loan ni..skrg tgh tengok pasal unit trust. Sblm ni tgk psl emas tapi harganya tersangatlah mahal sekarang ni..so we wait and see...