Sabtu, 26 Mac 2011

Derma Darah

Tengah kemas2 ..terjumpa buku derma darah husband. Dah agak banyak kali gak dia pergi derma darah..so terbaca kat belakang buku tu ttg boleh dapat rawatan percuma di hospital kerajaan..ini dah bagus ni.So googlelah..info yang perlu diketahui ialah..

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
- Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan),
Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005

Kekerapan menderma dan Keistimewaan Rawatan

1 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

2 kali (dalan tempoh 12 bulan)  Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

2 ~ 5 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

6 ~ 10 kali   Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.

11 ~ 15 kali    Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

16 ~ 20 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.

21 ~ 30 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.

31 ~ 40 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

41 ~ 50 kali    Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma Whole blood) dan
Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan