Rabu, 13 April 2011

Mari memajak di Ar rahnu Agro Bank

Untuk pertama kalinya pergi menggadai barang kemas di agro bank. Minggu lepas sbb emergency gadai kat pajak gadai cina..haha..hari Sabtu bank tak bukakan. Mahalnya dia punya bunga 2% sebulan dan siap ada kos 50 sen..cincin 3.9g dapat RM250..cekik darah betul.So hari ni pi agro bank..1 rantai leher 4.6g emas 18k..dapat RM371.00..nilai marhun RM571.78..upah 26.73. dapat pajak 65% sbb ni gadaian pertama saya. Rantai tangan 8.45g emas 22k..dapat RM898.00..nilai marhun RM1283.55..upah 57.75..dapat 70%.Harga emas hari ni RM151..Actually bank rakyat punya rate lagi tinggi..tapi masa pergi tadi time rehat pulak..so pergilah ke agro bank..Tapi kalau kita byr awal pun minima caj upah ialah RM10..maksudnya kalau pajak hari ni byr esok pun kena caj RM10..Lagi satu, menurut pegawai tu sekarang ni jongkong emas cuma boleh pajak 60% shj..tapi kalau barang kemas boleh dapat 70%. So...ingat2 kalau nak beli emas belilah barang kemas mcm rantai ke, gelang ke sbb pasti arrahnu terima..So ingat ya..sebelum 6 bulan pi tebus balik atau kalau tak dapat bayar semua pi byr upah sehari selepas tarikh tamat utk tambah tempoh gadaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan